hikmah:~kebesaran Allah~

Listen to al-Quran

Friday, February 18, 2011

fikirkanlah wahai sahabatku~

assalamua'laikum..sahabatku,
di sini sedikit sebanyak info yang ingin dikongsikan bersama.
gambar-gambar di bawah ini ingin dikongsi dan harap dapat bagi peringatan kepada kita bahawa sesunggunhya solat itu adalah 1 rukun Islam dan wajib dilaksanakan... Dan sesungguhnya ajal & maut di tangan Allah S.w.t.sama-sama kita renungakan dan moga dipermudahkan untuk melakukan suruhanNya~
" Telah hampir datangnya manusia hari perhitungan amalannya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Anbiyaa:1)





"gambar memberi seribu makna" ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar. harap-harap sedikit perkongsian ini dapat mengingati satu-sama lain...

Sunday, February 13, 2011

C.I.N.T.A HAKIKI



[gambar hiasan sahaja..tiada kaitan antara hidup dengan yg mati~hrarap maklum~]
Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini dan mengecap nikmat-nikmat percuma yang Allah SWT kurniakan.
Marilah kita hayati satu petikan yang bertemakan tentang satu perkara yang amat sinonim dengan manusia terutamanya kita sebagai remaja iaitu CINTA.apa yg dikongsikn ini bkn dtg dr diri ini..namun..ilmu perlu dikongsi.."sharing is caring"MySpace

MySpaceCinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti ‘dating’, perbualan telefon dan surat cinta dan yang sewaktu dengannya.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan hati yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu’ dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketaqwaan kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya Cinta Nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu’ solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang paling luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.

Begitulah wahai sahabat, sememangnya cinta kepada makhluk yang berlainan jantina adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi, kita sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir, sewajarnya tidak kita salurkan cinta yang dikatakan fitrah itu ke jalan yang tidak diredhainya ataupun dengan melakukan maksiat. Ingatlah wahai sahabat, bahawasanya jihad melawan hawa nafsu adalah antara jihad yang paling besar di sisi Allah SWT.

Wallahua’lam.
semoga apa yg dikongsikn membuah satu fikiran anda semua menuju cinta yg hakiki..

Saturday, January 22, 2011

Allah is calling..

Assaalamua'laikum w.b.t. Long time no new entry due to some reasons. By the way here I just sharing the knowledge where it should be share with you guys. 'Sahring is Caring'

What will you say? All the people on that day will cry out saying the same word: "myself, myself". "I don't care today about anyone except myself." Imagine the sound of billions of people around you all saying the same word "myself, myself". Who came out with you from the same grave? Now regarding your father and your mother– do you remember that day when your father died how much you cried? Do you remember how much you hugged and kissed him and said, "If I could only see him again for one second?" And now, on the resurrection day, after thousands of years, imagine how much you really missed him. Of course you will hug him and kiss him... or at least that is what you imagine. But no, this will not happen.

Allah says: "That Day shall a man flee from his own brother, and from his mother and his father, and from his wife and his children."

Below is the lyric song entitled 'Allah is calling' by Raihan
Allah is calling
But I didn't answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices



Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them

Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who's still not close to Allah

There are seven types of people who will be shaded on the day when there will be no shade but Allah's shade. Imagine Allah is calling for them now and you are waiting to be called:

1) A just leader

2) A young man, or woman, raised to obey Allah. Are you one of them? Come on, you must be one of them before it's too late. Don't wait and regret it until later in life. These people kept saying I will go to Allah when I am older. But how can you be so sure that you will even live until you are older? So, none of the last two are you? Let's go on to the third.

3) A man whose heart is joined with the mosques. What does that mean? It means that he loves the mosque so much that he prays all of the five prayers in the mosque. Remember when you said, "I'll not pray in the mosque. It is enough to pray at home." Now, keep standing then. Imagine now people are getting shaded under the Throne of Allah and you're still not? Let's go on to the fourth type of person. Now, maybe that's you!

4) Two people who loved each other for the sake of Allah. Do you have someone you love for the sake of Allah? No?

Now on to the fifth:
5) A man who was tempted by a beautiful woman and he refused this temptation and sin and said, "I'm afraid of God". This situation might happen to you some day; you have to resist and say no, to guarantee the shade of Allah's throne.

6) A man or woman who mentioned God alone and tears burst out from his/her eyes. Alone doesn't necessarily mean alone. You could be with a hundred people, but only God is on your mind. You cry from the love of God, not caring about people seeing you or not. Are you still standing? Is your heart that cold? Didn't you ever tear from the fear of God? One last chance is the seventh one. If you miss it, you will stay standing in the sun. This next one is very easy and we can all do it!

7) A person who paid charity such that his left hand doesn't know what his right hand spent. Go out now to a poor man, make sure no one is watching you, give him charity, and then go away quickly. This guarantees you that you will be shaded, Insha'Allah, under the throne of Allah.

Hopefully u get my message. Just to share with you this where i get it from others. "Sharing is Caring"

Wednesday, December 15, 2010

10 pesan bumi

salam... sume...insyaAllah kali nie...sy teringin nk kongsi bersama 1 pesanan untuk kita renungkan bersama. SO sy forward message nie untuk reningan bersama...selamat membaca ye ^__^MySpace


10 pesan bumi
Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-
1. Hai anak Adam!Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan masuk ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...