hikmah:~kebesaran Allah~

Listen to al-Quran

Friday, April 24, 2009

Mimpi seorang gadis....


Seorang gadis menemui Rasulullah dengan tangan kanannya yang disorokkan kke dalam poket bajunya.Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku,kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:"Ya Rasulullah,sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tak keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti dan menahan sebak."Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dfan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubunya.

Lantas aku bertanya kepada ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat pada suaminya.Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu keju dan sehelai tuala kecil yang pernah disedekahkan kepada fakir.Yang lain-lainnya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku.Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu oleh penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.ayahku memang amat terkenal dengan sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah,ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya.Sesungguhnya beliau dan penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas mencedok sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api ndraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa dengan engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak berhenti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis itu lalu menadah tangan,berdoa memohon petunjuk dari Allah.Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesarranNya, tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata,"Wahai anakku,pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosa terampun.InsyaAllah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...