Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang
jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan
para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s."